Saturday 16 May 2015

Cuti memang seronok inilah saat dinanti untuk meluangkan masa bersama yang tersayang malah dapat melepaskan tekanan yang dihadapi di tempat kerja mahupun di sekolah bagi pelajar khususnya
Bagi sesetengah orang, pelbagai rancangan diatur dalam minda mereka terutamanya pasangan yang mahu mengadakan majlis pertunangan ataupun perkahwinan
Belum pun masuk tahun baharu pelbagai aktiviti yang dirasakan boleh dilakukan dengan keluarga ataupun rakan sepanjang cuti yang menjadi pilihan itu akan dirancang dengan teliti
Untuk merancang percutian mahupun aktiviti lain perkara utama yang diperlukan adalah kalendar tahunan bagi mengetahui senarai cuti umum di Malaysia
Manakala untuk cuti persekolahan atau cuti semester perlu merujuk kepada takwim atau perincian persekolahan tahun 2015 mengikut penggal yang akan dikeluarkan pihak bahagian pengurusan sekolah harian Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment